Khamis, 22 Julai 2010

ANOTHER CRIMINAL TACTIC

Forwarded..

TAKTIK ROMPAKAN DI LEBUHRAYA GUNA TELUR AYAM!

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai ebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.

NEW CRIMINAL TACTIC



MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.

“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya lalu cuba merampas telefon bimbitnya.

Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengarahkannya supaya terjun dari kereta.
“Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.

Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar tetapi lebih kuat.

“Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan pemandu Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632 sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak perempuan saya.

“Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di tangan dan muka,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.

“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera. Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak perempuan saya dilarikan.

“Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian itu.

Tips untuk ibu bapa...

Forwarded

dipetik dari blog
http://hjarshad. blogspot. com/

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/ menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;
· Sebelum tidur
· Semasa tidur
· Selepas tidur
· Selepas riadah
· Selepas solat
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti " Nak, solat jangan ditinggalkan " dan bukannya " Nak, jadilah anak yang cemerlang " (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang!!!

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi " Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya". Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi. 29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. "Doa itu senjata bagi orang mukmin".

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

__._,_.___

JAUHI AMALAN BACA RAMALAN BINTANG WALAUPUN SUKA2

Forwarded:

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

“Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,” katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.”

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

“Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

“Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

“Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,” katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

“Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,” katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

“Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

“Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

“Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,” katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.

Rabu, 21 Julai 2010

NIKMAT KESIHATAN YANG KITA ABAIKAN











Forwarded…

Selamat Sejahtera
Assalammualaikum WBT

Nikmat Kesihatan

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar . Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

GAMBAR 1:Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait . Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.

GAMBAR2: Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.

GAMBAR 3: Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim.

GAMBAR 4: Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel .Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.

GAMBAR 5: Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim

GAMBAR 6: Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel

GAMBAR 7: Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.

GAMBAR 8: Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.

GAMBAR 9: Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan. Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim

GAMBAR 10:Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis . Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.

Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?

Selasa, 20 Julai 2010

BEING A TEACHER...


As a language teacher, I realize that I must be extraordinary patient especially when I need to mark an essay like this.
This kind of thing helps me to live and learn each day and to live and learn to be strong...

Snow in the Desert of Saudi








Tanda-tanda kiamat dah dekat...

ARAK DI MALAYSIA


Ucapan DR SITI MARIAH MAHMUD (PAS-Kota Raja), di Parlimen pada 29 Mac 2010

Malaysia menduduki tangga kesepuluh terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Walau pun kita hanya mempunyai 26 juta rakyat tetapi kedudukan kita sepuluh tertinggi di dunia. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD 500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion untuk minuman keras.
Penjualan bir berkembang di antara 5% hingga 7% setahun. Ia melebihi kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.4% dan umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun. Semakin ramai remaja mula mengambil minuman beralkohol dan 45% dari belia Malaysia di bawah umur 18 tahun mengambil alkohol secara regular.Trend di Asia semakin meningkat pengambilan alkohol. Akan tetapi di negara-negara Eropah trend pengambilan sudah mulai menurun oleh sebab kempen agresif mereka untuk membendung masalah atau gejala alkohol.
Kuantiti pengambilan perkapita setanding dengan Eropah iaitu 11 liter setahun dan sungutan rakyat terutama yang beragama Islam, arak, dan terutamanya bir terlalu mudah didapati di kedai-kedai. Jumlah rakyat yang terlibat dengan pengambilan arak semakin meningkat dan pendedahan kepada arak semakin awal iaitu umur anak-anak remaja yang terdedah pada arak juga semakin rendah.
Pada tahun 1976, Spencer dan Navaratnam telah membuat satu kajian yang menunjukkan 19% pelajar sekolah menengah bandar mengaku minum arak, 1% mengaku kerap meminum arak, 3% mengaku minum arak sulingan iaitu spirit yang tinggi kandungan alkohol sekali sebulan, dan 5.6% minum bir dengan lebih kerap lagi.
Namun statistik penglibatan orang Melayu Islam dalam pengambilan arak boleh dikatakan tiada. Ini adalah kerana soalan mengenai tabiat ini tidak ditanya kepada orang-orang Melayu Islam kerana dikatakan sensitif.
Namun dalam satu kajian di kalangan pesakit yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) in-patient pada tahun 1993, 48% daripada yang ditanya mengaku minum arak. Satu per tiga daripada mereka ketagih arak sebanyak 61% daripadanya pesakit Cina, 60% daripada pesakit India, dan 30% daripada pesakit Melayu yang minum arak.
Di kalangan yang ketagihan arak, penyalahgunaan arak, 67% daripada mereka minum bir, 17% minum spirit iaitu arak sulingan, dan 16% minum samsu. Kalah kadar penyalahgunaan atau ketagihan tertinggi di kalangan kaum India yang daripada golongan pekerja dan miskin.
Setakat ini kerajaan tidak memberi perhatian kepada isu ketagihan arak ini dan sering dikatakan ia sebagai isu kaum India atau pun 'Indian’s problem'. Jadi, berapa banyak sebenarnya kajian-kajian mengenai ketagihan arak ini yang telah dilakukan oleh institusi kerajaan sama ada pihak hospital atau pun pihak universiti. Maklumatnya tidak banyak mengenai perkara ini.

Apa yang menghairankan Tuan Yang di-Pertua dan sidang Dewan yang mulia ini, arak ialah satu dadah atau boleh dimasukkan sebagai bahan 'psychoactive' seperti dadah-dadah bahan 'psychoactive' yang lain iaitu seperti morfin, ganja, ecstasy, dan sebagainya.
Ia menyebabkan kesan jangka pendek dan jangka panjang ke atas otak dan juga menyebabkan kerosakan organik kepada hati. Jikalau dalam dadah-dadah 'psychoactive' lain seperti ubat tidur atau pun ubat menguruskan badan dan sebagainya ianya memerlukan preskripsi doktor dan perlu diletak di belakang dan dalam almari yang berkunci.
Akan tetapi arak ini kalau di himpun semua kajian di seluruh dunia lebih daripada mencukupi untuk membuktikan bahawa arak ini membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial yang begitu tinggi. Dari segi kos rawatannya melebihi daripada pendapatan yang dapat daripada perniagaan atau perusahaan arak.

Saya ingin membaca dan saya fikir semua orang Islam tahu tentang ayat al-Quran ini. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Ayat ini cukup terang yang mengatakan bahawa “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan bertenung nasib adalah najis daripada amalan syaitan dan maka jauhilah sekiranya kamu hendak menjadi orang-orang yang berjaya”.
Ini sudah jelas dan negara kita dalam Fasal lima adalah sebuah negara yang mengaku bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Jadi, apakah yang menyebabkan sekarang ini dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung, dihukum mati? Akan tetapi arak minuman keras dan nikotin yang ada pada rokok diberi layanan yang lain. Ia boleh didapati dengan begitu berleluasa.
Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam Akta Dadah Berbahaya? Ia tidak dijadikan sebagai dadah berbahaya sedangkan kesannya ke atas kehidupan manusia ataupun rakyat begitu meluas sekali.
Saya tidak bercakap mengenai perspektif orang Islam sahaja malah bangsa-bangsa dan agama-agama lain juga ada larangan dalam isu arak ini. Saya merasakan bahawa ada perkara yang boleh kita lakukan bersama sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada generasi akan datang. Ini adalah kerana undang-undang yang kita ada terlalu longgar.

Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) mentakrifkan in toxicating liquor atau alkohol yang memabukkan ialah cecair yang mengandungi 2% sahaja alcohol proved atau pun alkohol mutlak. Bir dan todi atau mana-mana arak native semuanya mengandungi melebihi 2%. Jadi ia adalah cecair yang memabukkan.
Walau pun peruncit memerlukan lesen untuk menjual minuman keras, lesen tidak diperlukan untuk menjual bir di dalam botol atau di dalam tin. Ini kerana dalam Akta Eksais 176, Seksyen 20(1) sudah menetapkan semua rak yang disuling atau yang ditapai memerlukan lesen.
Akan tetapi Seksyen 32(1) yang mensyaratkan penjualan liquor yang memabukkan juga memerlukan lesen. Namun Seksyen 32(1)(a) dan (b) pula mengecualikan jualan runcit bir atau todi dalam botol atau dalam tin dan ini tidak memerlukan lesen. Begitu juga bumiputera Sabah boleh menjual secara runcit apa-apa liquor bumiputera. Saya fikir ini rice wine. Ia tidak memerlukan lesen.

Seksyen 32(1) (c) pula membenarkan jualan runcit liquor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 (d) Akta Kastam 1967. Jadi ini menunjukkan bahawa penjualan arak ini boleh dijual di mana-mana sahaja. Seksyen 32(c) mengatakan bahawa sekiranya jualan runcit ini tidak melebihi 27 liter. 27 liter tuan-tuan, sidang Dewan sekalian kalau 1 tin bir mengandungi 350 mililiter bermakna sekiranya kedai itu stok, runcitnya stok 77 tin tidak melebihi padanya dan dia tidak memerlukan lesen untuk menjual arak ini.
Menteri juga, Seksyen 32(3) diberi kuasa mutlak untuk membenarkan jualan secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan. On top of that di atasnya penguatkuasaan penjualan arak sangat lemah. Penjualan haram banyak kedai-kedai yang menjual minuman keras tanpa lesen. Arak ataupun samsu yang dikilang secara haram yang mempunyai hingga 40% alkohol dalamnya juga dijual dengan agak berleluasa.

Premis untuk jualan arak pun begitu juga. Ini tidak termasuk todi kerana todi ada akta tersendiri. Seksyen 35(1) memberi empat jenis lesen untuk premis jualan. Lesen rumah awam maknanya kalau ada lesen ini boleh minum di premis.
Lesen rumah bir juga minum di premis, lesen kedai runcit ia boleh digunakan di tempat lain daripada premis atau di mana sahaja jika atau arak itu dijual. Kita ada juga lesen peniaga borong. Jadi ini adalah antara perkara-perkara yang menyebabkan kenapa antara lain di
Selangor baru-baru ini berlaku kekecohan apabila PAS ataupun pihak berkuasa tempatan tidak dapat untuk melaksanakan atau untuk menetapkan kawasan-kawasan yang boleh menjual arak.
Orang-orang Islam mahu kawasan-kawasan perumahan tidak dilesenkan atau tidak dibenarkan menjual arak. Pada masa yang sama PBT tidak boleh membuat undang-undang atau peraturan yang melanggar undang-undang induk.
Jadi kalau undang-undang induk dalam Akta Eksais mengatakan bahawa bir boleh dijual sekiranya tidak melebihi 27 liter. Maka tidak ada kuasa pihak PBT untuk pula mengehadkan jualan bir itu. Inilah masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan.
Lagi masalah yang terbit daripada penggunaan arak yang berleluasa ini ialah penjualan samsu. Ini saya hendak cerita satu anekdot. Apabila saya menang di Kota Raja saya didatangi oleh kumpulan-kumpulan India daripada golongan pertengahan dan golongan rendah yang meminta supaya – Dia kata “Sekarang PAS sudah memang di ota Raja. Tolong Yang Berhormat pastikan bahawa arak adan samsu tidak dapat dengan mudah di kedai-kedai runcit.” Ini kerana arak dan samsu ini dijual dalam plastik dengan harga yang begitu murah antara RM2 hingga RM3.

Menyebabkan golongan-golongan yang ketagihan arak ini ataupun golongan yang tidak boleh menangani hidup mereka dan mereka memerlukan arak senang membeli arak ini.
Inilah di antara perkara yang menjadi masalah bukan sahaja kepada rang-orang Islam tetapi juga kepada orang-orang bukan Islam. Jadi bermakna di Malaysia ini mana-mana kedai runcit boleh menjual minuman beralkohol kalau di simpan tidak lebih daripada 27 liter. Makna lebih kurang 70 tin bir di dalam kedainya. Kalau saya salah mungkin Menteri boleh membetulkan.

Dalam tahun 2001 terdapat 35,000 premis runcit berlesen di seluruh negara. Ini adalah untuk lesen alkohol yang kepekatannya tinggi spirits, wine dan sebagainya. Bukan lesen untuk menjual bir. Bir tidak perlu lesen kecuali kalau dijual dalam kuantiti yang banyak seperti di hypermarket, dia menjadi pemborong jadi dia perlu lesen.
Dikatakan bila kita tanya di luar sana, pegawai-pegawai, Lembaga Pelesenan almost always hampir selalunya tidak pernah menolak permohonan lesen jualan liquor. Jadi sekarang berapakah jumlah lesen liquor ataupun arak yang dikeluarkan oleh kementerian melalui lembaga-lembaga pelesenan?

Berapa sebenarnya yang pernah ditolak permohonannya? Masalah terdapatnya arak begitu banyak ditambah pula dengan pemasaran agresif oleh syarikat-syarikat pengilang. Di negara kita ada dua kilang sahaja. Satu di PJ, satu di Shah Alam daripada tahun 60-an dan 70-an.
Sekarang ini pasaran di Amerika dan Eropah sudah menjadi hampir tepu. Sekarang syarikat-syarikat arak mengubah sasaran mereka kepada negara-negara Asia. Negara kita satu hari akan menjadi hab arak.
Sekarang ini kita dikatakan hab pemerdagangan manusia. Kemudian kita akan disenaraikan sebagai hub arak pula. Saya tidak tahu sama ada rakyat Malaysia rela sekiranya arak dapat didapati begitu murah minuman keras di negara-negara jiran kita. Satu hari kita juga akan di 'condemn' akan dikutuk oleh negara-negara jiran kita.

Di sini satu syarikat Carlsberg sendiri mengatakan bahawa mereka ada 200,000 peminum jenis yang dipanggil tegar (berat) - heavy consumers. 200,000 di bawah senarai pelanggan mereka.
Pada tahun 2001, ini 2001 sebab saya tidak dapat data yang terkini. Carslberg berbelanja RM7 juta untuk kempen penjenamaan baru Carslberg untuk menarik generasi muda. Berapa nilai sebenar untuk perbelanjaan nilai promosi tentulah berganda-ganda sekarang. Itu 2001.
Walaupun pengiklanan langsung dalam media elektronik serta billboard diharamkan tidak dibenarkan. Belum nampak lagi media elektronik, belum masuk lagi TV belum naik lagi di billboard kecuali mungkin Sabah dan Sarawak.
Namun pengiklanan dalam panggung wayang, dalam VCD, media cetak tidak diharamkan dibenarkan semakin kerap. Kita lihat media cetak, akhbar-akhbar bahasa Inggeris semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol. Pengiklanan sekarang menjadi sangat sofistikated. Sekarang ini syarikat arak sudah mulai menaja sukan.

Belum lagi sukan mass massa seperti bola ataupun badminton tetapi sudah mula menaja sukan seperti golf. Menggunakan wanita mengeksploitasi wanita yang seksi, yang mengghairahkan untuk juga menjual arak, alkohol.
Taglines yang digunakan sangat mengelirukan seperti “Guinness Stout is good for you”, Guinness stout were put you back would put back what day takes out untuk orang-orang buruh ini, dia terpengaruh. Juga menyasarkan golongan pekerja-pekerja buruh dan yang miskin sebenarnya.
Dakwaan yang tidak berasas baik untuk kesihatan, simply full of goodness, Yomeishu yang dipromosikan untuk wanita lepas bersalin mengandungi 14% alkohol. Dom Benedictine mengandungi 40% alkohol, baik untuk kesuburan lelaki. Guinness stout dikatakan baik untuk kesuburan lelaki.

Semua ini sekarang sudah menjadi satu marketing tagline. Mereka sebenarnya menyasarkan – Kalau yang murah disasarkan kepada kaum India yang miskin dengan penajaan teknik-teknik yang diguna dengan menggunakan artis-artis filem Hindi dan sebagainya.
Menyasarkan golongan muda dengan menggalakkan pengambilan dengan kerja amal. Misalnya kalau minum arak dari tin, simpan pembukanya itu maka ini akan digunakan untuk pendidikan IT misalnya.
Semua ini mengarah kepada penggalakan penggunaan pengambilan arak di kalangan golongan muda. Carslberg menjadi penaja utama Maybank, Malaysia Open Golf 2010 baru-baru ini. Pengarah Urusan Carslberg di antara lain mengatakan “We wanted to treat our consumers to an exclusive experience of Maybank Malaysia Open.

There was abundant floor of Carlsberg beer through out the day. Kebanyakannya dihadiri oleh orang-orang muda. Inilah yang kita jadi dan kerisauan orang-orang Islam terutamanya.
Tuan Yang di-Pertua saya minta sedikit masa lagi kerana apa yang berlaku sekarang masalah bagi orang Islam. Kita lihat baru-baru ini bagaimana undang-undang syariah itu telah dimomok-momokkan kerana Kartika dihukum sebat.
Sedangkan di dalam undang-undang sivil ia tidak menjadi satu kesalahan, ia bukan satu kesalahan jenayah. Ia sebenarnya dibenarkan. Jadi Seksyen 19(1) dan Seksyen 19(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan mana-mana orang Islam kalau dia buat, dia minum, dia jual, dia pamer, dia beli, dia menyimpan semuanya minuman mabuk dia salah. Jadi bagaimanakah harus enakmen syariah ini dilaksanakan apabila Akta Eksais membenarkan?

Ia perlu ada penyelarasan di mana enakmen syariah ini diserap masuk ke dalam akta eksais yang menjadikan kesalahan orang-orang Islam minum arak, jual arak dan sebagainya. Kegagalan pelarasan undang-undang inilah yang menyebabkan kekeliruan di kalangan masyarakat dan diketawakan oleh orang-orang bukan Islam. Benda itu pun kita tidak boleh selaras.
Saya harap lepas ini Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada UMNO kata hendak mempertahankan Islam marilah bersama-sama kita pertahankan. Kita minta, desak kerajaan untuk menyelaraskan undang-undang ini.
Orang Islam bukan sahaja tidak boleh minum arak, tetapi tidak boleh terlibat dengan industri arak atau mempunyai saham dalam syarikat arak atau judi. Untuk makluman kita, ‘Boostae dan Richi Monde’, minta maaf ya kalau sebutan saya tidak betul adalah dua pengedar arak terbesar dan ia adalah anak syarikat atau dikaitkan dengan LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).

Bayangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Bayangkan Lembaga ini ahlinya adalah orang Islam, orang Melayu. Mereka mendapat hasil-hasil dividen daripada jualan pengagihan arak ini.
Saya kadang-kadang terfikir apakah kemelut gejala sosial yang dihadapi orang Melayu juara, nombor satu dalam segala gejala sosial adalah kerana kita ini bersubahat. Pendapatan kita bersubahat dengan perkara-perkara haram.
Sekarang ini pun kalau kita lihat pendapatan yang disatukan dalam negara kita tidak diasingkan apa yang kita panggil ‘sin tax’, cukai dosa. Cukai yang hasilnya daripada judi, cukai yang dihasilkan daripada jualan arak, disatukan dan saya bimbang kita mendapat elaun-elaun, gaji-gaji tuan-tuan, pegawai-pegawai kerajaan, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.
Kita semua menerima elaun ini dan kita balik, kita bagi anak-anak kita makan.

Kita sangkakan kita mendapat rezeki yang halal, betul kita tidak curi. Akan tetapi duit ini adalah hasil daripada duit yang subahat. Mungkinkah, saya letak soalan ini kepada alim ulama - mungkin.
Mungkinkah ini yang menyebabkan kenapa orang Melayu, anak-anak Melayu tidak masuk diajar sehinggakan tidak boleh membezakan salah dan betul. Kalau tadi Yang Berhormat Puan Chong Eng mendedahkan ini....
Sedikit sahaja. Mendedahkan ini, jadi kita lihat tanya balik, mungkinkah rezeki kita tidak berkat dan Tuhan telah menyebut dalam firman surah al-Ra’ad, balik tengok, ayat 96 Allah SWT mengatakan, “Sekiranya penduduk sesebuah negara bertakwa dan beriman, maka Allah akan membuka pintu keberkatan daripada langit dan bumi.” Keberkatan ini kena balik tengok belajar lagi. Akhirnya, kesimpulan, sedikit...

Saya sebenarnya cuma hendak cakap, saya ada 16 saranan yang saya dapat. Bukan sahaja daripada saya, tetapi daripada IKIM, daripada Malaysian Hindu Sangam yang juga menyokong control ataupun pengawalan arak.
Kita tidak berniat untuk mengharamkan daripada orang bukan Islam, tetapi kita perlu mengawal dengan lebih ketat dan perlu menguatkuasakan dengan lebih gigih dan dengan lebih istiqamah lagi.

Ibubapa bukan liabiliti

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...." Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu! Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Isnin, 19 Julai 2010

'Kafir bangga' hina Islam di Facebook

Petikan berita dari Malaysiakini

'Kafir bangga' hina Islam di Facebook, Youtube
Muhammad Yazid Othman Mei 4, 10 10:29am

Assalamualaikum,

Satu laman web Facebook seperti alamat berikut yang menggunakan 'ID' ataua nama samaran 'Kafir Bangga' telah menghina kesucian agama Islam melalui kenyataannya seperti di bawah:
'Israk & Mikraj Aku masih tak boleh faham macam mana manusia yang berakal boleh percaya akan cerita yang sebegini bodoh.'

Dari kenyataan tersebut secara jelas beliau menghina persitiwa Israk & Mikraj yang terdapat di dalam Islam.Beliau juga telah mencipta sebuah klip video bagi menghina persitiwa Israk & Mikraj dan seterusnya menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau juga secara bangga mencabar pihak berkuasa menahannya melalui kenyataannya:

Kafir Bangga
eh, suka hati aku lah nak buat video. memang aku nak mempengaruhi orang lain. kau tau tak betapa susahnya aku nak hidup sebagai seorang murtad? orang islam di negara ni dah banyak menjahanamkan kehidupan manusia yang tidak bersalah. jadi aku rasa, aku ada hak untuk menyatakan kebenaran."
Kafir Bangga
aku pun harap polis dan jabatan agama islam jumpa video aku.
Kafir Bangga
jabatan agama islam campak orang2 murtad dalam 'pusat pemulihan' takda pulak kau nak kata menyentuhi sensitiviti agama. nak campak aku dalam ISA? campak arh! hahaha... tapi kena cari aku dulu la.
pergi talipon polis. pergi.... tekan 999. lepastu kata "encik, ada orang buat video youtube.". tak ka bodoh bunyinya?

Demi maruah dan kesuciaan Islam yang juga merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia, maka saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas beliau.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA






KISAH BENAR!!!( GAMBAR DISERTAKAN..)

Assalamualaikum

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di
Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassallam

Kenapa Tak Rogol Saya?


Share
Thursday, July 15, 2010 at 12:47pm

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu.. “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

Khamis, 8 Julai 2010

BUKIT MERAH, historically...

According to a Malay Legend, a mysterious bloody event lies behind the name. In early times when the island was populated by fishing villages, the fishermen were often threatened by swordfish attacks. A young boy who lived on the hill proposed a possible solution to the sultan: Build a fence of banana tree trunks to ward off the swordfish. This was done, and the attacking swordfish were stuck in the tree trunks, thus proving the boy right. The battle with the swordfish was won. The Sultan was alarmed by the boy's intelligence, fearing that the boy may gain popularity among the Sultan's subjects, and eventually overthrow him; hence he ordered his soldiers to kill the boy. While four soldiers were making their way up to the hill one night to kill the boy, they saw a fountain mysteriously spouting blood from the ground. The mysterious incident was conjured by a woman with long hair that appeared before the four soldiers. The soldiers were so terrified by the sight that they did not accomplish their death mission.
Another version of the legend has it that the boy was indeed killed, and his blood spilled down the hill and dyed the soil red, and thus the hill was named Bukit Merah, after Red hill (bukit is Malay for "hill", while merah means "red").
From a scientific viewpoint, the area got its red-orange colouring due to the lateritic soils in the area, which when exposed without vegetation makes a striking impression of a "blood soaked" landscape..

Rabu, 7 Julai 2010

HEAD LICE!!! Eeeeeeeee

Head lice are tiny, wingless insects that thrive/nest in human hair. They can neither jump nor fly. They are parasites which feed on small amounts blood drawn from the scalp.Head lice strike nursery and elementary school students to a much larger extent than adults.

HARGAILAH ISTERI ANDA...

A meaningful message to be shared....forwarded by a friend of mine

Hargailah isteri anda.......

Mulianya seorang isteri disisi Allah....
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan.... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak…..ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Terutama didalam bab berpoligami jangan sesekali mengatakan ianya tidak dibolehkan dan ianya hanya harus sahaja. Kerana keseluruhaan ayat Alquran itu adalah perintah Allah dan wajib dipatuhi tanpa ada keraguaan. Menentang hokum Allah akan meyebabkan isteri jatuh kufur (terkeluar dari syariat Islam). Isteri selalu terlupa akan perkara ini.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki..
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki..
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki),
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgaMu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu...
kamilah hamba yang mengharap belas dariMu .....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 Mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw bersabda (mafhumnya) : "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

Wallahua'alam......

Selasa, 6 Julai 2010

APA KATA ANDA???

a friend of mind telah menulis kepada syarikat ststrbucks coffee berkenaan isu...dan in response to my friend's concern, pihak starbucks has replied as below:

Hi Miss. XXX,

Greetings from Starbucks Coffee!

Thank you for highlighting your concerns without prejudice to us and giving us the opportunity to clarify matters.

At Starbucks, we have taken many steps to provide our customers anywhere and everywhere the satisfaction of every single cup.

As highlighted in your correspondence, please be rest assured that all beverages and food offered at Starbucks Coffee stores in Malaysia are safe and appropriate for Muslim consumption as we are certified Halal by JAKIM. You are most welcomed to go to JAKIM’s official website (www.halaljakim.gov.my) to look for our listing or you may use the following hyperlink – http://www.halaljakim.gov.my/directory/index.php?lang=&PHPSESSID=d6cfc763e2b6ddd2d1e159af981e55d7

In answer to the email which you have received that has been circulating indiscriminately, the Universal Beverage Base used for Starbucks Frappuccino® Blended Cream (vanilla, chocolate, caramel and green tea) is safe for Muslim consumption as it contains mono-and diglycerides (E471) derived from soybean oils. The cherries mentioned in your email are not a product that we offer in Starbucks as our Raspberry Frappuccino® Blended Tea is derived from juices that are extracted from various berries mixed with brewed tea and our tiramisu cakes do not contain any alcohol.

Attached herewith is also an article published in Kosmo (dated 7 April 2008 & 8April 2008) that you may find helpful. We hope the above explanation together with the media article have helped relinquish any doubts that you may have towards our products previously.

Once again, thank you for writing to us and we welcome any comments for us to further enhance your Starbucks Experience at our stores.

We look forward to serving you your favorite cup of coffee for many years to come.

Have a “Grande” Day!

Best regards,
nurnadia noordin
F&B department
Halal committee
Store coffee master

direct line: 603-2052 5838 I hunting line: 603-2052 5888
fax: 603-2052 5889 I email: halalenquiry@starbucks.com.my

__________________________________________________________________________________
Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd
Lot 10-04, Level 10, West Wing, Berjaya Times Square ,
No.1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
www.starbucks.com.my
Please consider the environment before printing.

Isnin, 5 Julai 2010

A TEACHER'S PRAYER

I want to teach my students
more than lessons in a book,

I want to teach them
deeper things than people overlook,
the value of a rose in bloom, its use and beauty, too...
a sense of curiousity to discover what is true
how to think and how to choose the right above the wrong
how to live and learn each day and learn to be strong

I want to teach them always
how to gain in wisdom and in grace

Let me be a friend and guide to give these minds a start
upon their way down life's long road,
then I will have done my part

~Jill Wolf~

WHY ARE WOMEN SPECIAL?

Mengapa WANITA sangat Istimewa.... ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah
lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam
lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak
susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air
masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur
untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk
bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan
baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai
pakaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang,
towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers
4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok
settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah,
asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6
poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang
tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin
je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana
flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti
lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak
lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan
baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok
settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok,
siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak
tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah
aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak
bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la
skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni
eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha,
ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja
besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan
dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat
ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak
dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA
BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana
memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan
kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah
istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk
keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!! YEARH!!!!!!!!!
Forwarded by:
forhidayu Binti Ahmad Hamdani
Unit Peperiksaan
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Persiaran Usahawan, Seksyen U1,
40150 Shah Alam, S.D.E.
Tel : 03 - 5163 4000 ext-1034
Fax : 03 - 5569 1903
Email : dolphin_nsf@yahoo.com

BLESSING IN DISGUISE...


Seorang teman pernah berpesan;
"Kadang² ALLAH sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.." "